Sherwood Schwartz
Sherwood Schwartz

Sherwood Schwartz

Sherwood Charles Schwartz (14 November 1916 – 12 Julai 2011) merupakan penerbit eksekutif televisyen Amerika Syarikat. Beliau bekerja untuk rancangan radio pada tahun 1940-an dan mencipta siri televisyen Gilligan's Island untuk CBS dan The Brady Bunch untuk ABC. Pada 7 Mac 2008, Schwartz menerima bintang di Laluan Kemasyhuran Hollywood atau dikenali sebagai Hollywood Walk of Fame.[1] Pada tahun yang sama, beliau dimasukkan ke dalam Television Hall of Fame.[2]Kerjaya dunia hiburan Schwartz datang tanpa dirancang. Beliau berpindah dari New York ke selatan California untuk mendapatkan Sarjana Sains dalam Biologi. Beliau yang memerlukan pekerjaan telah memulakan penulisan jenaka untuk program radio Bob Hope. Hope menyukai jenaka-jenaka Schwartz yang digunakan Hope untuk rancangannya. Hope telah meminta Schwartz untuk menyertai kakitangan penulisan dan Schwartz telah bersetuju.[3]Pada 12 Julai 2011, Sherwood Schwartz telah disahkan meninggal dunia dalam tidur sebab semula jadi.[4] Beliau meninggalkan seorang balu, Mildred Schwartz, empat orang anak, 9 orang cucu dan 5 orang cicit. [5] Beliau dikemubikan di Taman Peringatan Hillside di Culver City, California.[6]

Sherwood Schwartz

Dikebumikan Hillside Memorial Park, Culver City, California
Pekerjaan Penerbit televisyen, penulis skrip
Pasangan Mildred Seidman (k. 1941)
Tahun aktif 1938–2011
Anak Donald (lahir 26 Mei 1943)
Lloyd (lahir 2 Mei 1946)
Ross Schwartz (lahir 9 Ogos 1949)
Hope Juber (lahir 30 Mac 1956)
Meninggal dunia 12 Julai 2011(2011-07-12) (umur 94)
Los Angeles, California
Kelahiran Sherwood Charles Schwartz
(1916-11-14)14 November 1916
Passaic, New Jersey

Rujukan

WikiPedia: Sherwood Schwartz http://classicshowbiz.blogspot.com/2011/02/intervi... http://www.comedyhalloffame.com/archives/sherwood-... http://www.emmys.com/awards/hall-of-fame-honorees http://hollywoodhiccups.com/2011/07/12/sherwood-sc... http://www.imdb.com/name/nm0777442/ http://www.kruegerbooks.com/books/sig/schwartz-she... http://www.sherwoodschwartz.com http://tvseriesfinale.com/articles/brady-bunch-gil... http://content.usatoday.com/communities/entertainm... http://www.washingtonpost.com/entertainment/gillig...